Andai Dia Bertanya
Ima Amiersha
1 Oktober, 1998, Johor

Jika dia bertanya
Katakan aku lena

Jika dia mencari
Katakan aku telah pergi

Jika dia menanti
Katakan aku mati

Jika dia terus menunggu
Katakan aku tidak mahu bertemu

Jika dia merayu
Katakan dia tak pernah kutunggu

Jika dia marah
Katakan aku sedikit resah

Jika dia dalam keadaan parah
Katakan penawarnya kucari sudah

Jika dia telah mati
Katakan pemergiannya menjadi kenangan abadi
 

Ke halaman puisi
Concept & designed : Mohd Razali, Established since : 10 Apr, 1999, Last edit : 23 Aug, 1999, E-fax : 561-7605919, E-mail : whatdoyouwant@postmaster.co.uk