Sesekali sekala
Azrina
Ampang, 22 Ogos, 1998

Sesekali sekala kita perlu berterimakasih..
Pada kegagalan..
Yang telah mengajar kita erti hilangnya asa

Sesekali sekala kita perlu berterimakasih..
Pada kegagalan..
Yang telah menemukan kita tentang pahitnya pengalaman

Sesekali sekala kita perlu berterimakasih..
Pada kegagalan..
Yang telah membimbing kita menjadi lebih dewasa

Sesekali sekala kita perlu berterimakasih..
Pada kegagalan..
Yang telah membuat kita lebih kuat untuk menempuh hari hadapan

Sesekali sekala kita perlu berterimakasih..
Pada kegagalan..
Yang telah mengenalkan kita tentang pasrah dan kecewa

Sesekali sekala kita perlu berterimakasih..
Pada kegagalan..
Yang telah mengajar kita erti setitis airmata

Sesekali sekala kita perlu berterimakasih..
Pada kegagalan..
Yang telah menemukan kita dengan insan di dalam diri kita sendiri

Dan.. sesekali sekala juga.. kita perlu berterimakasih..
Pada kegagalan..
Yang telah membuatkan kita lebih arif..
Tentang nikmatnya sebuah kejayaan...kerana..
Suatu masa dulu.. kita pernah mengecapi kegagalan..

Tanpa kegagalan..
Kita mungkin tidak dapat menghargai sebuah kejayaan dengan lebih
bermakna..
 

Ke halaman puisi
Concept & designed : Mohd Razali, Established since : 10 Apr, 1999, Last edit : 23 Aug, 1999, E-fax : 561-7605919, E-mail : whatdoyouwant@postmaster.co.uk