Ummi Hafilda bt Ali ("Ummi") is the sister of Mohd Azmin bin Ali ("Azmin") who is married to Shamsidar bt Taharin ("Shamsidar"). Shamsidar had a driver called Azizan bin Abu Bakar ("Azizan"). Azmin was the private secretary of the accused while ASP Zull Aznam bin Hj Haron ("ASP Zull Aznam") was his ADC. The Director of the Special Branch at the material time was Dato Mohd. Said bin Awang ("Dato Mohd Said") while Dato Amir bin Junus ("Dato Amir Junus") was his Deputy Director II. ACP Mazlan bin Haji Mohd. Din ("ACP Mazlan") and DSP Abdul Aziz bin Hussein ("DSP Aziz") were two of their officers. SAC I Musa bin Haji Hassan ("SAC Musa") is the Assistant Director of the Prosecution and Legal Division of the Criminal Investigation Department ("CID").
Ummi wrote a letter (Exhibit P14A, B and C) dated 5 August 1997 entitled Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri addressed to YAB Prime Minister containing allegations of sexual misconduct and sodomy allegedly committed by the accused. Exhibit P14A is the covering letter signed by Ummi while Exhibit P14B is her report. Exhibit P14C is a declaration by Azizan alleging that he had been sodomised by the accused. It was drafted for him by Ummi and he had signed it. Exhibit P14A, B and C read as follows:
5hb Ogos
1997
Yang Amat
Berhormat
Dato’
Seri Dr. Mahathir Mohamed
Perdana
Menteri Malaysia
Jabatan
Perdana Menteri
Kuala
Lumpur
YAB
PERIHAL SALAHLAKU TIMBALAN PERDANA MALAYSIA
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya Ummi Hafilda Bt. Ali ingin mengemukakan laporan khas mengenai perihal salahlaku Timbalan Perdana Menteri.
YAB, laporan ini dibuat berdasarkan maklumat dan bukti yang telah kami perolehi sepanjang tempoh penyiasatan.
Ianya dibuat bersama dengan persetujuan kami kelima-lima beradik iaitu Norlia Bt. Ali, Intan Dawini Bt. Ali, Mohd Azman Bin Ali, Mohamed Azwan Bin Ali dan Ummi Hafilda Bt. Ali.
Bersama-sama ini juga disertakan dengan lampiran khas mengenai maklumat lengkap sebagai pertimbangan untuk pihak YAB.
Segala perhatian, pertimbangan dan tindakan oleh YAB dalam menangani masalah ini sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Bagi kami YAB adalah tokoh pemimpin terulung negara yang kami cukup kagumi dan hormati.
Sekian, Terima kasih.
Yang benar,
t.t.
P14B
YAB yang saya sanjungi, kagumi dan hormati, dengan rasa tanggungjawab walaupun terlalu berat tangan saya untuk menulis demi menyelamatkan abang saya iaitu Mohamed Azmin Bin Ali dari terus teraniaya maka kami adik-beradik telah mengambil kata sepakat untuk memohon jasa baik, pertimbangan dan budi-bicara YAB menerima laporan untuk kebaikan semua pihak.
YAB, laporan ini tidak bermotifkan sesuatu samada politik mahupun peribadi tetapi ianya lebih kepada perjuangan menegakkan kebenaran.
YAB, kami mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku kepada Puan Shamsidar di mana beliau sering menerima panggilan misteri dari seseorang untuk tempoh yang agak lama sekurang-kurangnya setengah jam hingga kadangkala memakan masa satu setengah jam.
Kekerapan
menerima panggilan telefon dalam keadaan yang mencurigakan telah menimbulkan
syak wasangka kepada seluruh ahli keluarga termasuk kedua-ibubapa.
BAB
PEMBONGKARAN RAHSIA OLEH ‘ATON’
(PEMBANTU
RUMAH)
Akhirnya hinggalah pada satu hari, dengan kuasa Allah si-pembantu rumah yang bernama Aton (bekerja hampir lapan tahun dengan Azmin) telah membuka sedikit rahsia mengatakan bahawa Puan Shamsiar mempunyai seorang kekasih di kalangan orang atasan.
Bila ditanya kenapa beliau berkata begitu, Aton dengan rasa sedikit serba-salah tetapi penuh tanggungjawab mengatakan bahawa kekerapan panggilan telefon itu ialah dari kekasihnya.
Apabila ditanya siapakah gerangan si-lelaki, si-pembantu agak keberatan tetapi setelah diminta bekerjasama akhirnya beliau memberitahu saya bahawa waktu-waktu yang selalu dipanggil ialah 6.30 petang, 8.30 malam dan kadangkala lewat 12 tengahmalam ketika si-suami sedang nyenyak tidur.
Beliau meminta saya mengangkat telefon pada waktu-waktu tersebut sekiranya ingin mengetahui siapakah gerangan lelaki itu.
Akhirnya pada 9hb. Jun 1997, tepat pada waktunya 6.30 petang saya berada di rumah Azmin.
Apabila telefon berbunyi kedengaran suara seorang tokoh pemimpin yang sangat-sangat saya kenali iaitu Anwar Ibrahim dengan nada rasa cinta dan menggoda. Tetapi apabila beliau terperasan bahawa saya bukanlah wanita yang dicarinya maka beliau meletakkan telefon. Kebodohan beliau nampak jelas apabila dia memanggil semula dan inilah perbualan kami.
Anwar: I nak bercakap dengan Shida.
Ummi: Siapa ni? (Agak keras)
Anwar: Anwar (dengan nada yang agak perlahan)
Ummi: Is it Dato’ Seri?
Anwar: Ya, bercakap.
Ummi: Sorry, I didn’t recognise your voice just now. (tujuan saya untuk memerangkap beliau bagi mempastikan beliau adalah pemanggil yang meletakkan telefon sebelum ini. Beliau tidak menafikan)
Anwar: Hah …tulah suara you seksi sangat. You have such a lovely voice. I dok ingat salah rumah, that’s why I letak phone.
Ummi: Hah … apa hal.
Anwar: I nak tanya fasal Afifa (anak bongsu Azmin). Rindu kat dia.
Ummi: She’s Okay, alhamdullilah sihat.
Anwar: Tak apalah thank you.
Apabila gagang telefon diletakkan, maka berdetak hati saya mengesahkan gerangan si-lelaki tersebut dengan pembantu-rumah. Akhirnya si-pembantu rumah mengaku bahawa itulah gerangan si-lelaki yang sering memanggil setiap hari.
YAB, Buat makluman, Puan Shamsidar sering mengatakan kepada kami bahawa Anwar Ibrahim itu adalah kekasihnya. Tetapi ketika itu, kami menganggap ianya sebagai satu gurauan atau mainan. Namun, kenyataan berbau syak-wasangka timbul seperti mengatakan bahawa Afifa anak bongsunya adalah anak Anwar Ibrahim. Jauh disudut hati kami ingin menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi.
BAB KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN PEMANDU
Sekali lagi dengan kuasa Allah, akhirnya pemandu kereta Shamsidar Taharin iaitu Azizan Abu Bakar telah datang ke pejabat saya pada 19hb. Jun 1997 dengan penuh rasa tanggungjawab untuk membongkar rahsia majikannya, Shamsidar Bt. Taharin.
Perbualan kami mengambil masa dua setengah jam.
Kisah berkisar perbuatan curang Shamsidar kepada Azmin untuk tempoh yang agak lama dengan memberi kami maklumat lengkap ‘modus operandi’ perbuatan keji mereka yakni Anwar-Shamsidar di kondominium mewah, Tivoli Villa Bangsar.
BAB
MODUS OPERANDI ANWAR-SHAMSIDAR-
DATO’
NALA
Pada kebiasaannya, si-pemandu Azizan akan menurunkan Shamsidar pada setiap kali pertemuan di Café Guana di Bangsar Shopping Complex dan kereta mewah Daimler WBV 37 yang dikatakan kepunyaan Dato’ Nala (Eksekutif Director Magnum Corporation) akan datang bersama beliau untuk menjemputnya di Bangsar Shopping Complex dan seterusnya mereka akan menuju ke kondominium mewah di Trivoli Villa untuk tempoh dua-tiga jam. Waktunya ialah 5.30 petang dan pada kebiasaannya ialah pada hari Rabu.
Alasan yang sering diberikan oleh Anwar kepada polis pengiring bahawa beliau ingin bermain tennis dengan Nala di Bukit Kiara. Polis pengiring dilarang turut serta. Begitulah kejadian keji yang berlaku sekian lama untuk tempoh beberapa tahun tanpa pengetahuan Azmin.
Selalunya perbuatan mereka adalah dua-minggu atau sebulan sekali.
BAB BUKTI REKOD PERTEMUAN
YAB, se-pemandu Azizan ada merekodkan setiap pertemuan mereka di dalam diari peribadinya dan sudi menyerahkan secara peribadi kepada YAB bagi tujuan siasatan lebih-lebih lagi untuk perbandingan dengan rekod SB yang mencatatkan setiap kali urusan keluar-masuk Anwar dari kediaman rasmi.
BAB AZIZAN JADI MANGSA HOMOSEKS ANWAR
YAB, Azizan merupakan bekas pemandu peribadi kepada isteri Anwar, iaitu Datin Seri Azizah untuk tempoh 4 tahun.
Bagi beliau dia tidak mempunyai sebarang motif untuk menjatuhkan Anwar tetapi lebih kepada perasaan peribadi kasihan dan sedih kepada majikannya Mohamed Azmin Ali yang baginya terlalu baik dan percaya kepada isteri dan ketua.
Beliau telah menceritakan kepada saya bahawa tindakan beliau berhenti kerja dengan insan munafik bernama Anwar ialah kerana terasa tertekan, terlalu marah dan hina melalui pengakuan bersumpahnya yang dilampirkan.
Menurut Azizan, salah seorang lagi mangsa hubungan sejenisnya ialah Sukma yang dikenali umum sebagai adik-angkat Anwar iaitu rakyat Indonesia yang mempunyai butik bernama ‘Ferre’ di Hotel Hilton.
Kini Sukma sedang sakit misteri.
YAB, setelah mendapat maklumat terperinci dari pemandu yang bersih, cekap dan amanah maka kami adik—beradik telah membuat keputusan untuk menyaksikan kejadian tersebut sebagai bukti.
BAB
KEJADIAN 30 JUN 1997 JAM 5.35 PETANG
(ISNIN)
Saya menerima panggilan telefon pada pukul 5 petang dari Azizan bahawa satu pertemuan antara mereka yakni Anwar-Shamsidar di Bangsar Shopping Complex.
Ketika itu saya berada di Setapak dan dengan penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan pengaduan Azizan adalah benar dan sahih maka saya berkejar ke tempat kejadian iaitu di Bangsar Shopping Complex.
Dalam perjalanan, saya sempat menelefon abang sulung, Mohd Azman Ali untuk turut serta.
Bersama saya ialah rakan karib saya Puan Zamrah Lajis. Saya juga sempat menelefon seorang lagi rakan bernama Puan Normala untuk meminjam pelekat kereta Kondominium Trivoli Villa bagi tujuan masuk ke dalam Kondominium.
Dengan izin Allah, kami tiba tepat pada masanya di mana kereta Daimler WBV 37 sedang menanti. Mereka tidak perasan kehadiran kami.
Akhirnya Allah telah menunjukkan di depan mata kami Puan Shamsidar menaiki kereta tersebut menyusur ke Kondo Tivoli Villa Bangsar.
Kami mengekorinya dari belakang tanpa pengetahuan mereka.
Lima saksi pada kejadian tersebut ialah Ummi Hafilda Ali, Mohd Azman Ali, Puan Zamrah Lajis, Puan Normala dan Azizan Abu Bakar.
Mereka keluar dari Kondo Tivoli pada pukul 7.40 malam dan kereta Daimler menghantar semula Shamsidar ke Bangsar Shopping Complex di mana Azizan menanti di tempat yang sama.
Kami tidak keberatan memberikan laporan terperinci sekiranya diberikan peluang untuk bertemu secara peribadi dengan YAB yang cukup kami sanjungi.
Saya hampir-hampir gila bila mengenangkan seorang tokoh pemimpin yang begitu saya sanjungi lebih-lebih lagi ketokohan beliau di bidang agama sangup melakukan perbuatan yang amat keji dan hina sebagai pemimpin negara.
Mujurlah abang saya Mohd Azman menenangkan keadaan di mana beliau mengatakan terlalu bahaya untuk kami mengambil tindakan apatah lagi ketika itu bapa kepimpinan yang amat kami sanjungi iaitu Dato’ Seri Dr. Mahathir tiada di dalam negara.
Seluruh keluarga terperanjat, sedih tertekan, terhina oleh perbuatan keji insan munafik Anwar Ibrahim. Tetapi apakan daya, kami tiada kuasa kecuali meminta pandangan dari rakan-rakan yang saya percaya seperti Puan Sri Saadah dan Puan Norziela Jalil yang akhirnya memberikan saya satu semangat bagi membongkar pembohongan dan kemungkaran terbesar di mukabumi ini.
YAB, kami
tidak melapurkan kepada Mohamed Azmin kerana percaya bahawa kasih-sayang
dan kesetiaannya terhadap isteri dan ketua tidak berbelah bagi. Kami juga
khuatir beliau mungkin mengambil tindakan diluar jangkaan sekiranya berasa
amat tertekan.
BAB UGUTAN POLIS
YAB, pada 10hb. Julai 1997, saya bercakap di telefon dengan ADC Anwar iaitu Zul Aznam pada pukul 8.15 malam dengan memberi amaran secara halus supaya kisah ini ditutup dan tidak diceritakan kepada sesiapa sahaja termasuk kedua ibu-bapa.
Beliau juga memberikan amaran kedudukan Anwar yang amat penting dalam negara. Saya menangis di telefon mengenangkan bahaya yang mungkin datang dan rasa tertekan yang amat sangat apabila abang saya yang terlalu baik dianiaya oleh ketua dan isterinya sendiri. Tolonglah kami YAB.
Selepas kejadian pengintipan pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada saya untuk menutup segala kemungkarannya. Diantaranya ialah saya telah dituduh membuat fitnah melalui surat layang yang sampai kepada isterinya Datin Seri Azizah dan kakaknya Hajah Khadijah.
Saya juga telah dituduh oleh insan munafik Anwar Ibrahim bahawa saya ini (syok dekat dia melalui perbualannya dengan Datuk Seri Megat Junid) pada 2hb. Ogos 1997 di mana beliau mengatakan saya Ummi Hafilda cuba menimbulkan angkara kerana cinta saya tidak berbalas untuk tempoh dua tahun.
Beliau seolah-olah melatah akan kesalahannya sendiri. Bagi saya beliau terlalu bahaya apabila cuba menjerat saya dengan mengatakan surat-surat cinta saya ada di dalam simpanannya.
Sekali lagi saya berasa amat tertekan dengan perbuatan khianatnya kerana demi Allah saya tidak pernah mempunyai perasaan cinta ke atasnya apatah lagi untuk menghantar surat cinta.
Bagi saya ini ialah satu pengkhianatan dan pembohongan yang tidak dapat diterima oleh akal semata-mata untuk memberikan gambaran bahawa saya adalah wanita murahan yang menagih cinta dari seorang Timbalan Perdana Menteri.
Kejahatannya itu tidak dapat saya maafkan di dunia dan akhirat, apatah lagi untuk menerima beliau sebagai pemimpin negara.
YAB, saya khuatir sekiranya surat cinta yang tidak pernah wujud boleh direka, beliau mungkin berupaya menangkap saya dengan kedudukan dan kuasa yang ada di atas alasan-alasan lain terutamanya dari segi tuduhan palsu dan sebagainya.
Bantulah
saya YAB.
BAB ANWAR MENELEFON AZIZAN
Anwar ada
menelefon Azizan pada 13hb. Julai 1997 setelah tersebarnya surat layang
di mana beliau meminta Azizan memberi kerjasama untuk menafikan segala
tuduhan sekiranya Azmin ingin bersemuka dengan beliau.
HARAPAN
DAN BAHAN BUKTI
YAB, bagi saya Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri tidak layak menyandang jawatan yang begitu penting dalam negara memandangkan sekiranya kuasa dan kedudukan terus dikekalkan kemungkinan besar pelbagai perkara yang lebih hina dan menakutkan mungkin berlaku.
Jadi sebelum wabak penyakit pemimpin yang menipu rakyat jelata dengan bertopengkan isu agama kononnya Islam yang Addin dan Nahi Mungkar haruslah ditamatkan dengan segera demi keselamatan dan maruah bangsa.
Beliau bolehlah diibaratkan musuh dalam selimut yang paling merbahaya melalui perilakunya mengatakan kononnya Azmin itu seperti adik sendiri dan dalam masa yang sama beliau tergamak mengadakan hubungan sulit dengan isteri Azmin.
Beliau memang seorang pelakon handalan, pelakon terhebat dekad era 90-an. Lakonannya mengkagumkan, memukau setiap mata yang menontonnya, strateginya kemas, perjalanannya licin tetapi beliau lupa bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Akhirnya doa-doa kami insan-insan teraniaya dimakbulkan oleh Allah. Kami bersyukur kepada Ilahi yang telah memberikan jawapan kepada setiap dari kami dan inilah hasilnya laporan dikemukakan untuk tindakan susulan oleh YAB.
Segala pertolongan, pertimbangan dan kerjasama serta kasih-sayang YAB sebagai seorang Bapa Kepimpinan sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Dialog 1
Dalam satu perbualan Shamsidar dengan pembantu rumahnya.
Shamsidar: Kesian Afifa, orang jumpa papa (Anwar) hari-hari tapi Fifa jumpa bapa sebulan sekali.
Aton: Kalau dah tahu jumpa papa sebulan sekali, kahwinlah dengan papa.
Shamsidar: Itulah yang susah ni, papa sana tua, abah sini (Azmin) muda, pening kepala.
Dialog II
Apabila membuat panggilan telefon Anwar akan sering berkata seperti ini melalui pembantu rumah.
Anwar: Ton, Datin Seri ada (Shamsidar).
Dialog III
Percakapan yang sering terjadi antara anak perempuan Azmin yang sulung, Liyana (7 tahun) dengan anak keduanya Shazrin (5 tahun).
Shazrin: Maklong, jangan cubit Fifa. Mummy kata dia anak Menteri. Anak uncle Anwar.
Norlia: Ayen, mummy ada boyfriend tak?
(Kakak Azmin)
Syzrin: Ada.
Norlia: Siapa boyfriend mummy?
Syazrin: Uncle Anwar.
Norlia: Kenapa Ayen tak cakap abah, mummy ada boyfriend Uncle Anwar.
Syazrin: Mummy kata nanti abah lepuk (pukul).
Norlia: Nana, siapa boyfriend mummy?
Liyana: Uncle Anwar.
Norlia: Mana Nana tahun.
Liyana: Alah maklong ni, mummy kan cakap pelan-pelan, lama-lama dengan Uncle Anwar, mestilah boyfriend dia.
Dialog IV
Melalui perbualan Shamsidar dan Ummi.
Shamsidar: Cantik tak handbag I?
Ummi: Bolehlah.
Shamsidar: You nak tahu siapa bagi.
Ummi: Siapa dia?
Shamsidar: Boyfriend I.
Ummi: Siapa boyfriend you?
Shamsidar: Ha! …. Anwar Ibrahim lah.
Ini adalah antara sebahagian dialog yang tidak sedap didengar dan telah menimbulkan syak wasangka kepada kami seluruh keluarga sehingga membawa kepada penyiasatan kes.
P14C
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, saya AZIZAN BIN ABU BAKAR, IC 5980324 dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni (homoseksual) dengan Anwar Bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya.
Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya iaitu Datin Seri Wan Azizah.
Sepanjang bekerja di bawah naungan beliau, Anwar, saya sering dipanggil untuk melakukan perkara terkutuk itu walaupun untuk beberapa kali saya cuba menolaknya. Sifat rakusnya membayangkan beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai ‘kronik’ sehingga membuatkan jiwa dan mental saya begitu tertekan.
Perasaan bersalah akhirnya menguasai diri saya apabila setiap kali terpandang wajah Datin Seri Wan Azizah yang begitu tinggi akhlaknya.
Akhirnya saya telah membuat keputusan untuk berhenti dari terus menjadi hamba homoseksual kepada manusia yang saya kategorikan bersifat binatang iaitu Anwar Bin Ibrahim.
Sekali lagi dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya, saya bersumpah membuat pengakuan ini tanpa mempunyai niat atau motif tertentu samada secara peribadi mahupun politik untuk menjatuhkannya.
Pengakuan ini dibuat berdasarkan kesedaran dan keinginan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan insan-insan yang teraniaya seperti saya.
Saya tidak keberatan untuk dipanggil bagi menjelaskan kedudukan dengan lebih terpeinci.
Akhir sekali saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil kira pandangan ini secara serius supaya pemimpin ini diberikan hukuman yang setimpal demi kebaikan dan pengajaran kepada pemimpin lain.
Dengan nama Allah, sekali lagi saya Azizan Bin Abu Bakar bersumpah bahawa segala lapuran di atas dibuat dengan kerelaan hati saya tanpa desakan, tuntutan dan tekanan dari pihak-pihak tertentu. Segala-galanya adalah benar demi menyelamatkan bangsa dan negara. AMIN.
Pengakuan bersumpah:-
Oleh: t.t.
I/C: 5980324
Alamat: 54, Jalan Bersatu 1
Taman Bersatu, 48000 Rawang
Tarikh: 5hb. Aug, 1997 "
On 12 August 1997 Dato Mohd Said called for Dato Amir Junus and ACP Mazlan. They briefed him on Exhibit P14A, B and C and showed him the letter. Later they briefed the IGP about it. They told him that Exhibit P14A, B and C had not been widely circulated yet and that Ummi was in the process of sending it to YAB Prime Minister. The IGP instructed them to conduct further inquiries into it. On the same day at about 8.00 p.m. Dato Amir Junus was informed by ASP Zull Aznam that the accused would like to meet him and Dato Mohd Said at his Official Residence at No. 47, Jalan Damansara at 10.00 p.m. Dato Amir Junus informed Dato Mohd. Said about this and they went to the accused’s Official Residence as requested. Upon arrival there they were ushered into the library. After some conversation the accused talked to them about Ummi and her problems with her family. He then asked them about Exhibit P14A, B and C and asked them whether they had received a copy of it. He told them that it was written by Ummi. They informed him that they had been given a copy of it by the IGP. He asked them to trace Ummi and Azizan in order to find out more about the letter and why it was written. Dato Mohd Said told the accused that they will look into the matter. Dato Amir Junus made a note of this meeting in Exhibit P42 to which I shall refer shortly.
On the morning of 13 August 1997 Dato Mohd Said called Dato Amir Junus and ACP Mazlan to his office. They reviewed the latest intelligence on Exhibit P14A, B and C. Dato Mohd Said directed them to try and monitor Ummi and Azizan from their sources. Later in the day Dato Amir Junus was informed by ASP Zull Aznam that the accused wanted to see him and Dato Mohd Said at his Official Residence at 10.00 p.m. Dato Amir Junus passed the information to Dato Mohd Said and they met the accused in the library of his Official Residence at the appointed time. The discussion was on the latest development on Exhibit P14A, B and C. They informed him that the letter had been given to the IGP by Dato Seri Megat Junid. They also informed him that they had not been able to trace Ummi and Azizan yet. He urged them to locate Ummi and Azizan immediately and interview them. He asked them to "gempar" the two persons. Dato Mohd Said said that he understood the word to mean " … to surprise them and to put fear in them … " because of the letter. Dato Amir Junus said that it meant to interview them and frighten them so that they will not spread the allegations in Exhibit P14A, B and C. Dato Amir Junus made a note of the meeting. It is Exhibit P42 and reads as follows:
NOTA FAIL
Bilangan : LF/T.PCK II (C) Tarikh : 14 OGOS 97
___________________________________________________
PERJUMPAAN
DENGAN YAB DATO SERI
ANWAR
IBRAHIM, TIM. PERDANA MENTERI
Pada 12 OGOS 97 saya telah menerima panggilan telefon dari ASP ZUL AZNAM yang menyampaikan pesan bahawa Tim. Perdana Menteri ingin berjumpa dengan Pengarah Cawangan Khas (PCK) di kediaman beliau pada malam hari itu.
2. Dato’ PCK bersama-sama saya telah hadir di kediaman T/PM di antara jam 2200 hingga jam 2300. Semasa pertemuan ini perkara-perkara berikut telah dibincangkan:-
2.2 T/PM mengarahkan pihak Cawangan Khas supaya mengesan UMMI HAFILDA dan AZIZAN serta mencungkil maklumat untuk mengetahui tujuan dan matlamat mereka berbuat demikian.
4. T/PM pula mendesak supaya mereka dikesan dengan segera untuk ditemuduga.
( AMIR
BIN JUNUS ) A/SAC I
T/PCK
II
On 16 August 1997 at about 9.30 a.m. Dato Mohd Said met Dato’ Amir and ACP Mazlan in his office. ACP Mazlan said that Ummi and Azizan could not be traced yet. Later upon being informed by ASP Zull Aznam they met the accused at his Official Residence at 10.00 p.m. He told them that if they managed to arrest Ummi and Azizan he did not want them to be detained for long. He wanted them to be questioned deeply as to why they wrote the letter. Dato Mohd Said told the accused that they had still not been traced yet. The accused repeated his request that he wanted the two to be traced as early as possible. Exhibit P43 is a note of the meeting kept by Dato Amir Junus. It reads as follows:
NOTA FAIL
Bilangan : LF/T.PCK II (C) Tarikh : 18 OGOS 97
__________________________________________________
2. Dato’ Seri ANWAR telah dinasihatkan oleh Dato’ PCK supaya membuat laporan polis agar satu penyiasatan boleh dijalankan. Ini adalah kerana dengan adanya laporan polis yang formal, satu penyiasatan yang lebih menyeluruh boleh dimulakan.
3. Di atas nasihat ini, ASP ZUL AZNAM telah datang ke pejabat PCK pada hari yang sama jam lebihkurang 1600 untuk membuat laporan polis. Laporan ini telah diserahkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah. Pada masa yang sama, Dato’ PCK telah mengarahkan ACP MAZLAN MOHD DIN untuk mengesan UMMI HAFILDA dan AZIZAN ABU BAKAR.
4. Pada 16 OGOS 97, Dato’ PCK dan saya telah juga pergi ke kediaman Dato’ Seri ANWAR di antara jam 2130 hingga 2330 setelah dipanggil oleh beliau. Semasa pertemuan ini, Dato’ Seri ANWAR telah meminta supaya beliau ditaklimatkan tentang perkembangan siasatan terhadap penyibaran surat layang "Talqin …"
In the meanwhile on 17 August 1997 the IGP had instructed Dato Mohd Said and Dato Amir Junus to see him in his house at about 8.00 p.m. The IGP told them that Dr. Restina had telephoned him at his house to inform him that there were police officers in her house compound. They told the IGP that Ummi and Azizan were in her house and the police were there to arrest them. While they were there ACP Mazlan telephoned Dato Mohd Said at about 11.00 p.m. and told him that Ummi and Azizan had been arrested and had been brought to Bukit Aman. Dato Mohd Said informed the IGP about the arrest. At that time Dato Amir Junus received a call on his handphone from the accused. He informed the accused that Ummi and Azizan had been arrested. The accused wanted to speak to the IGP. Dato Amir Junus then handed the handphone to the IGP who spoke to the accused. The IGP then informed them that the accused wanted to see them. They reached the accused’s Official Residence at about 12.30 a.m. They briefed him about the arrest of Ummi and Azizan. The accused directed them that Ummi and Azizan were to retract and deny their allegations as contained in Exhibit P14A, B and C in writing within 24 hours. The accused repeated that he did not want the two to be detained for long and that their case should not be brought to court. He also wanted them to ensure that there is no publicity. In confirming this Dato Amir Junus said that the accused wanted the retraction letters to be addressed to YAB Prime Minister. Dato Amir Junus kept a note of this meeting. It is Exhibit P44 and reads as follows:-
NOTA FAIL
Bilangan : LF/T.PCK (C) Tarikh : 18 OGOS 97
____________________________________________________________
PENANGKAPAN
UMMI HAFILDA
DAN
AZIZAN ABU BAKAR
Kedua-dua tajuk telah ditangkap pada malam 17 OGOS 97 oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah. Memandangkan Dato’ Seri ANWAR IBRAHIM ingin mengetahui perkembangan kes ini, maka Dato’ PCK dan saya telah diminta pergi ke kediaman beliau pada 18 OGOS 97 di antara jam 0030 hingga jam 0100.
2. Di dalam pertemuan ini, Dato’ Seri ANWAR telah dimaklumkan tentang rentetan penangkapan kedua-dua tajuk berkenaan. Dato’ Seri ANWAR kemudiannya telah memberi arahan-arahan berikut:-
2.2 Mereka hendaklah ditemuduga supaya mereka takut dan menafikan tohmahan-tohmahan berkenaan;
2.3 Tidak mahu kes ini dibawa ke Mahkamah.
DSP Aziz said that the instructions he received from Dato Amir Junus meant that he had to change the stand of Ummi and Azizan so that they will withdraw all the allegations as contained in Exhibit P14A, B and C. He was instructed to concentrate on Ummi while ACP Mazlan was to concentrate on Azizan. DSP Aziz said that Ummi was interrogated non-stop from 11.00 p.m. on 17 August 1997 till 7.00 a.m. on 18 August 1997. He said that fear was created in her by threats of detention under the Internal Security Act ("the ISA") and the Sedition Act and probable retaliation by the accused. She was mentally tortured until she lost her will to fight and surrendered to the interrogation team. Ummi said that she was not allowed to sleep during the period of interrogation. She said that she was threatened with detention under the ISA and in the lockup with drug addicts and prostitutes. She then wrote a letter of apology addressed to YAB Prime Minister. ACP Mazlan said that the persuasive method of interrogation used on Azizan was not effective. Azizan was then interrogated by DSP Aziz for about an hour from 5.00 a.m. on 18 August 1997. He threatened Azizan and managed to neutralise him by 6.00 a.m. Azizan said he was also threatened with detention under the Internal Security act. He was not allowed to rest during the period of detention and was questioned continuously. Finally he agreed to write the letter of apology. He said that it was not written voluntarily.
Prior to that at about 2.30 a.m. on 18 August 1997 ACP Mazlan and DSP Aziz met Dato Amir Junus and Dato Mohd Said at the latter’s office. DSP Aziz told them that it would be a bit difficult to deal with Ummi as she was still very strong in her original stand. ACP Mazlan said that it would be easier to deal with Azizan. Dato Amir Junus and Dato Mohd Said still directed them to try again to neutralise Ummi and Azizan to make them change their stand. Dato Mohd Said said that he took this stand as the direction that he had received was from the Deputy Prime Minister. Dato Amir Junus said that it was done in order to comply with the request of the accused.
At about noon on the same day Dato Mohd Said and Dato Amir Junus were called by the accused to his Official Residence. They told him that Ummi and Azizan had changed their mind and were willing to retract the allegations. He told them that Ummi and Azizan should write a letter of denial to YAB Prime Minister. Dato Amir Junus kept a note of the meeting. It is Exhibit P45 and reads as follows:
NOTA FAIL
Bilangan : LF/T.PCK II (C) Tarikh : 18 OGOS 97
_________________________________________________________________
PENANGKAPAN
UMMI HAFILDA
DAN
AZIZAN ABU BAKAR
Pada 18 OGOS 97 jam 1215, Dato’ PCK dan saya telah pergi ke kediaman Dato’ Seri ANWAR IBRAHIM apabila beliau mengarahkan supaya ditaklimatkan tentang perkembangan tangkapan UMMI HAFILDA dan AZIZAN ABU BAKAR.
2. Di dalam pertemuan ini Dato’ Seri ANWAR telah mengarahkan supaya sesuatu tindakan diambil bagi menentukan kedua-dua mereka menarik semula kesemua tohmahan yang dibuat terhadap beliau.
At about 4.30 p.m. Dato Mohd Said informed ACP Mazlan and DSP Aziz that Ummi and Azizan should address the written statement to YAB Prime Minister. They carried out the instruction. At about 6.00 p.m. DSP Aziz handed to Dato Mohd Said the first draft of Ummi’s written statement with which he was not satisfied as it was not clear. So he asked DSP Aziz to get a more committed letter from Ummi which he did. At about 9.30 p.m. Dato Mohd Said received the letters written by Ummi and Azizan. The letter from Azizan is Exhibit P17 and the letter from Ummi is Exhibit P18. Exhibit P17 reads as follows:
YAB Dato’
Sri Dr. Mahathir Mohammad
Perdana
Menteri Malaysia
As’salamualaikum Dato’ Sri
Dengan segala hormatnya saya saperti nama diatas ingin memaklumkan kepada YAB Dato’ Sri bahawasanya saya ialah orang yang bertanggungjawab berkenaan surat pengakuan bersumpah yang tercatit nama, No. Kad Penganalan dan ditandatagani oleh saya sendiri.
Saya mengaku telah membuat pengakuan bersumpah itu kerana mengikut nafsu, emosi dan fikiran semata-mata kerana melayani perasaan tanpa memikirkan musibahnya.
Puncanya saya bertindak sedemikian adalah kerana bersimpati terhadap keluarga Encik Azmin Hj. Ali yang telah bertanya kepada saya adakah Puan Shamsida mempunyai hubungan sulit dengan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ahli keluarga yang bertanya ialah Cik Umi Hafilda, memandangkan saya adalah bekas pemandu peribadi kepada Datin Seri Wan Azizah. Saya mengesahkan pertanyaan Cik Umi berdasarkan pandangan saya terhadap tingkahlaku dan perbualan Puan Shamsida dengan YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim. Ini disebabkan saya adalah pemandu peribadi kepada Puan Shamsida dan tidak suka dengan perangainya yang suka memerintah.
Apabila Cik Umi menyediakan surat pengakuan bersumpah berbau fitnah berpandukan percakapan saya tentang perhubungan saya dengan YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim untuk menulis nama, no. kad pengenalan, saya telah melakukannya tanpa berfikir panjang.
Selain daripada itu dengan keyakinan dan jaminan yang diberikan olih rakan-rakan Cik Umi yaitu Dr. Ristina, Mohamad Taib dan rakan Mohamad Taib bernama ‘Tan’, saya merasakan ketika itu tindakan saya ini adalah betul dan tidak perlu dikhuatirkan. Lebih-lebih lagi apabila diberitahu oleh Mohamad Taib bahawa saya tidak perlu takut kerana perkara ini telah disampaikan kepada Dato’ Aziz Shamsudin yang memberitahu akan memajukan surat berkenaan kepada YAB Perdana Menteri. Saya juga diberitahu oleh Mohamad Taib bahawa beliau adalah saorang pegawai cawangan khas dan rakan rapat kepada Dato’ Aziz.
YAB Dato’ Sri, saya sedar kini akan kesilapan bahawa surat bersumpah berkenaan semamangnya tidak berasas kerana tidak terdapat sebarang bukti atau fakta sokongan dakwaan saya itu.
Saya mengakui bahawa tindakan saya itu boleh disifatkan sebagai fitnah yang saya sedar di sisi ugama adalah suatu dosa besar.
Dengan itu saya memohon jutaan ampun dan maaf kepada YAB Perdana Menteri dan Dato’ Sri Anwar Ibrahim diatas kesalahan saya itu.
Pengakuan terhadap kesalahan saya ini dilakukan oleh diri saya sendiri tanpa dorongan mana-mana pehak dan ianya adalah menjelaskan kedudukan sebenar.
Yang benar
T.T.
Azizan
Abu Bakar
No. K/P
: 5980324
s.k.: YAB
Dato’ Sri Anwar Ibrahim
Timbalan
Perdana Menteri "
Yang Amat
Berhormat
Dato’
Seri Dr. Mahathir Mohamed
Perdana
Menteri Malaysia
Jabatan
Perdana Menteri
Kuala
Lumpur
Pengakuan
oleh
UMMI HAFILDA BT. ALI berkaitan
Perihal
Salahlaku Timbalan Perdana Menteri
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya dengan ini ingin mengemukakan penjelasan maklumat mengenai laporan sulit yang telah dihantar kepada YAB Perdana Menteri pada 5hb Ogos 1997.
Untuk makluman YAB, tujuan saya mengemukakan laporan berkenaan adalah semata-mata untuk mendapatkan pertimbangan dan perhatian dari YAB terhadap salahlaku Timbalan Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang saya percayai mempunyai hubungan sulit dengan Puan Shamsidar bt. Taharin iaitu isteri kpad (sic) Mohd Azmin Ali yang merupakan abang kandung saya. Selain daripada itu, saya juga percaya bahawa YB Anwar Ibrahim pernah mengadakan hubungan homoseksual dengan bekas pemandunya bernama Azizan Abu Bakar.
Pendirian dan pandangan saya pada ketika itu banyak berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang saya perolehi melalui perbuatan Shamsidar yang sering menjawab telefon secara berahsia dalam tempoh jangkamasa panjang, setiap kali saya mengunjungi rumahnya. Pandangan ini diperkukuhkan dengan maklumat yang didedahkan oleh orang gaji Shamsidar iaitu Aton bahawa sememangnya beliau disyaki mempunyai hubungan sulit dengan orang kenamaan.
Melalui penyiasatan ringkas yang saya lakukan sendiri, saya berasa yakin bahawa pemanggil itu adalah YB Anwar bin Ibrahim. Selain daripada itu saya juga difahamkan oleh pemandu kepada Shamsidar iaitu Azizan bahawa beliau sering dikehendaki menghantar Shamsidar ke Bangsar sebelum dijemput dengan sebuah kereta lain ke Tivolli Villa Bangsar.
Ke arah ini saya telah menjalankan penyiasatan sendiri pada 30hb June 1997 yang membuktikan bahawa Shamsidar telah dibawa dengan menaiki sebuah kereta mewah Daimler dengan nombor pendaftaran WBV 37 ke kawasan Tivolli Villa berkenaan, bagi menemui seorang kenamaan iaitu YB Anwar bin Ibrahim. Inilah perkara yang menyebabkan saya percaya mereka mengadakan hubungan sulit.
Ekoran itu saya telah merujuk perkara ini pada kenalan baik saya iaitu Puan Ziela Jalil dan Dr. Ristina Majid, untuk mendapatkan pandangan bagi membetulkan keadaan melalui kewibawaan Perdana Menteri sebagai orang yang paling dihormati oleh kedua-dua pihak. Untuk menjayakan ini Puan Ziela telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Dato’ Seri Megat Junid dan seterusnya meminta saya membuat laporan dalam bentuk hitam putih agar dirinya tidak disalahertikan sebagai punca yang berlaku.
Ekoran ini Dato’ Megat Junid telah merujuk perkara ini kepada Tun Daim Zainuddin selaku orang paling rapat dengan Perdana Menteri. Sehubungan dengan itu berlaku pertemuan di antara saya, Ziela dan Tun Daim pada awal Ogos 1997 bertempat di pejabat Tun Daim Zainuddin. Di dalam pertemuan itu beliau telah menasihatkan agar laporan yang akan dibuat dalam bentuk hitam putih sebelum diajukan kepada Perdana Menteri. Pada masa yang sama perkara ini telah dirujuk kepada Dr. Ristina Majid yang kemudiannya telah menguruskan pertemuan dengan rakannya iaitu Dato’ Aziz Shamsudin yang memegang jawatan selaku Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri pada awal Ogos 1997.
Sehubungan
dengan itu Dato Aziz Shamsudin telah mengaturkan menemukan
saya dengan 2 orang pegawai yang mendakwa mereka dari unit cawangan khas
JPM iaitu En. Taib yang telah dibuang kerja pada 1993 dan En. Tan yang
tidak diketahui identitinya yang sebenar. Dalam pertemuan itu percakapan
saya telah dirakamkan menggunakan rakaman percakapan suara.
Di waktu itu saya difahamkan ianya akan diserahkan kepada Perdana Menteri secepat mungkin. Dalam perjumpaan ini saya juga menyatakan kerisauan kerana khuatir keselamatan diri saya terancam.
Sehubungan itu mereka menjanjikan perlindungan keselamatan terhadap diri saya dan juga diri Azizan. Sebelum dari itu En Taib yang kononnya dari cawangan khas menasihatkan kami agar mengatakan kami di luar negara sekiranya mendapat panggilan telefon.
Walau bagaimanapun semasa dalam siasatan polis ekoran dari laporan yang diajukan serta melalui sessi perbincangan yang diadakan saya mendapati bahawa segala perkara yang berbangkit itu banyak bergantung kepada fakta-fakta yang tidak lengkap di mana kebanyakan pandangan tersebut hanya berdasarkan anggapan dan andaian yang tidak dapat dibawa ke tengah bagi membuktikan kesasihan (sic) pandangan saya ketika itu.
Cara penghantaran surat mungkin salah di mana telah melalui beberapa proses orang tengah yang kini diragui kejujurannya. Mungkin ini berdasarkan kepentingan peribadi atau politik oleh seseorang.
Bukti yang nyata di mana 2 orang yang tidak dikenali telah menyamar sebagai unit cawangan khas dari pihak Perdana Menteri.
YAB mengenai dakwaan yang dikemukakan oleh Azizan adalah sebagai pihak yang tolong menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri dan terpulanglah oleh pihak berkuasa meneruskan penyiasatan.
YAB saya juga berniat menjernihkan suasana yang keruh dan tegang ketika ini dengan cuba mendapatkan semula salinan-salinan yang masih ada di dalam simpanan rakan-rakan dalam usaha untuk menamatkan penyebaran dari terus berleluasa.
YAB sebagai salah seorang dari ahli keluarga yang terlibat dalam kemelut masalah ini ingin meminta jasa baik dan budi bicara YAB bagi menjernihkan suasana kekeruhan kerana di pihak yang satu lagi menganggap ianya sebagai satu motif penganiayaan sedangkan ianya lebih kepada perasaan ingin membetulkan keadaan.
YAB, saya bagi pihak keluarga ingin memohon maaf sekiranya laporan sulit ini telah menimbulkan pelbagai kekeliruan yang berbangkit.
Segala pertimbangan dan kerjasama yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri dalam menangani masalah ini sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian,
Terima Kasih
Yang benar,
( signature
illegible )
UMMI HAFILDA
BT. ALI
I/C A
0793275 "
NOTA FAIL
Bilangan : LF/T.PCK II (C) Tarikh: 19 OGOS 97
_____________________________________________________________
SURAT
PENGAKUAN UMMI
HAFILDA
DAN AZIZAN ABU BAKAR
Pada lewat malam 18 OGOS 97, Dato’ PCK dan saya telah diarahkan oleh Dato’ Seri ANWAR IBRAHIM untuk memaklumkan beliau tentang perkembangan terbaru berhubung hasil soalsiasat terhadap UMMI HAFILDA dan AZIZAN ABU BAKAR. Sehubungan itu, Dato’ PCK dan saya telah sampai di kediaman Dato’ Seri ANWAR pada tengah malam 18 OGOS 97.
2. Turut sama ke kediaman Dato’ Seri ANWAR ialah AZIZAN ABU BAKAR. Sebaik sahaja sampai, surat pengakuan UMMI HAFILDA dan AZIZAN ABU BAKAR telah diserahkan kepada Dato’ Seri ANWAR. Selepas itu, AZIZAN ABU BAKAR pergi menemui Dato’ Seri ANWAR dan berbual-bual dengan beliau.
( AMIR
BIN JUNUS ) A/SAC I
T/PCK
II
On 18 August 1997 SAC Musa was informed by Dato Mohd Said that Ummi and Azizan would be handed over to the CID after the Special Branch had interviewed them. SAC Musa said that it is unusual for the Special Branch to be involved with an investigation conducted by the CID. Dato Mohd Said himself said that normally a report like Exhibit P16 will be investigated by the CID. The Special Branch surrendered Ummi and Azizan to the CID on 18 August 1997 at 10.00 a.m. A search was immediately conducted in the office of Ummi and the house of Azizan. From Ummi’s office the police recovered a computer diskette (Exhibit P35); five copies of the Sworn Declaration of Azizan (Exhibit P37A – E); two copies of Exhibit P14A, B and C (Exhibit P36A and B) and a handwritten draft of Exhibit P14A, B and C in 22 pages (Exhibit P38A – V). Ummi said that it is in her own handwriting. From Azizan’s house the police seized a copy of his Sworn Declaration (Exhibit P39) and a diary (Exhibit P40). At 1.40 p.m. on that day Dato Mohd Said instructed SAC Musa to surrender Ummi and Azizan to the Special Branch. At about 8.30 p.m. SAC Musa went with a few of his officers to Dato Mohd Said’s office to find out the position of Ummi and Azizan. They were told about the letters written by the two and were requested to release them. SAC Musa then released Ummi and Azizan on police bail. On 19 August 1997 Dato Amir Junus gave SAC Musa copies of Exhibits P17, P18 and P14A, B and C. He found that the contents of Exhibits P15 and P14A, B and C were similar. He said that upon receipt of Exhibit P14A, B and C he wanted to continue with the investigation in order to find out the truth of the allegations against the accused. On the same day at about 5.00 p.m. he recorded a statement from the accused who denied all the allegations.
On 20 August 1997 Dato Mohd Said handed to YAB Prime Minister Exhibits P17 and P18 and his report (Exhibit D25). Exhibit D25 reads as follows:
Tarikh: 20 OGOS 97
YAB Dato’ Seri.
TOHMAHAN
TERHADAP Y.A.B. DATO’ SERI
ANWAR
IBRAHIM
Izinkan saya dengan segala hormat dan takzimnya memajukan bersama-sama ini pengakuan bertulis daripada UMMI HAFILDA ALI dan AZIZAN ABU BAKAR bertarikh 18 OGOS 97 yang telah dibuat secara sukarela untuk disampaikan kepada Y.A.B. Dato’ Seri.
2. Pengakuan bertulis mereka ini diperolehi berikutan penyiasatan berhubung surat layang bertajuk "Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim". Berasaskan surat layang tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh ASP ZULL AZNAM Hj HARUN, pengiring Y.A.B. Dato’ Seri ANWAR IBRAHIM pada 15 OGOS 97. Sebelum itu, pihak polis telah juga menerima salinan laporan 19 mukasurat mengenai "Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 OGOS 97 yang dialamatkan kepada Y.A.B. Dato’ Seri sendiri. Laporan itu ditandatangani oleh UMMI HAFILDA ALI.
3. Berdasarkan kepada laporan ASP ZULL AZNAM, pihak polis telah menahan UMMI HAFILDA ALI dan AZIZAN ABU BAKAR pada 17 OGOS 97 di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948. Setelah keterangan diambil, mereka dibebaskan pada 18 OGOS 97 dengan jaminan polis. Keterangan mereka menunjukkan bahawa tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan lebih bergantung kepada andaian serta prasangka. Faktor utama yang mendorong UMMI HAFILDA ALI mengemukakan laporan "Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri" adalah berdasarkan kepada syak wasangka terhadap kakak iparnya, SHAMSIDAR TAHARIN mempunyai hubungan sulit dengan Y.A.B. Dato’ Seri ANWAR IBRAHIM. SHAMSIDAR TAHARIN merupakan isteri kepada MOHAMED AZMIN ALI, Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri. AZIZAN ABU BAKAR pula membuat tuduhan kerana terpengaruh dengan pujukan UMMI HAFILDA ALI dan sebagai pemandu kepada keluarga MOHAMED AZMIN ALI, beliau tidak menggemari sikap angkuh SHAMSIDAR TAHARIN.
4. Saya juga ingin memaklumkan bahawa siasatan menerusi sumber-sumber lain turut menunjukkan tuduhan-tuduhan yang dilempar itu tidak mempunyai bukti dan urutan peristiwa seolah-olah sengaja direka. Di samping itu, terdapat pula tanda-tanda bahawa wujud golongan tertentu yang mungkin mempunyai agenda tersendiri dan memain peranan di belakang tabir menggalakkan UMMI HAFILDA ALI dan AZIZAN ABU BAKAR untuk memburuk-burukkan Y.A.B. Dato’ Seri ANWAR IBRAHIM. Salah seorang daripadanya ialah MUHAMAD TAIB yang dikatakan mendakwa dirinya sebagai pegawai SB kepada Y.A.B. Perdana Menteri. MUHAMAD TAIB dikenalpasti sebagai MOHD TAIB SALAMON, bekas Inspektor Polis yang sebenarnya telah dibuang kerja.
5. Berdasarkan hasil siasatan setakat ini, pihak saya tidak bercadang untuk terus menghalusi kes ini.
T.T.
( DATO’
MOHD. SAID BIN AWANG ) CP
PENGARAH
CAWANGAN KHAS
b.p. KETUA
POLIS NEGARA
POLIS
DIRAJA MALAYSIA
On 27 August 1997 Dato Amir Junus informed Dato Mohd.Said that the accused wanted to see them after having received this instruction from ASP Zull Aznam. They went to the accused’s Official Residence at about 10.00 p.m. The accused directed them to get another letter each from Ummi and Azizan. Dato Amir Junus said that the instruction from the accused was that the letters were to be in the form of public statements. They were to be more committed, convincing and firm and must deny and withdraw all the allegations contained in Exhibit P14A, B and C. The accused wanted the letters to fully declare that he was not involved in any sex scandal. The letters were to be open letters without being addressed to anybody and were to be posted to his office. Dato Amir Junus kept a note of this meeting. It is Exhibit P47 and reads as follows:
NOTA FAIL
Bilangan : HQ/LF/T.PCK II (C) Tarikh: 28 OGOS 97
____________________________________________________
SURAT
PENGAKUAN UMMI HAFILDA
DAN
AZIZAN ABU BAKAR
2.1 UMMI HAFILDA dan AZIZAN ABU BAKAR digesa membuat surat pengakuan lain yang lebih komited dan menyakinkan dengan menafikan secara terus terang tuduhan-tuduhan terhadapanya;
2.2 Tindakan diambil bagi menentukan kedua-dua mereka dengan tegas menarik balik kesemua tuduhan yang dibuat terhadap beliau;
2.3 Apabila pengkauan baru ini telah diperolehi, pengakuan mereka hendaklah dihantar kepada beliau melalui pos ke pejabat Timbalan Perdana Menteri.
( AMIR
BIN JUNUS ) A/SAC I
T/PCK
II
On 28 August 1997 Dato
Mohd Said and Dato Amir Junus directed ACP Mazlan to get the public statements
from Ummi and Azizan as wanted by the accused. ACP Mazlan was informed
by Dato Mohd Said that the accused was not satisfied with Exhibits P17
and P18. ACP Mazlan then arranged for a meeting with Azizan on the same
night at about 8.30 p.m. at the Kelab Golf PDRM Titiwangsa. At the meeting
ACP Mazlan noticed that Azizan appeared pressured and frustrated. ACP Mazlan
took about two hours to persuade and win over Azizan’s heart to make him
write the letter. Azizan then agreed to write the letter of total denial.
ACP Mazlan informed Dato Amir Junus who came to the club to see for himself
the letter of denial. Having read the letter Dato Amir Junus telephoned
the accused through his handphone and read to him the contents of the letter.
ACP Mazlan saw Dato Amir Junus making some alterations to the letter. Dato’
Amir Junus said that the accused made some amendments to the letter. Amongst
the amendments required by the accused were that the word "denial" must
be inserted in one of the paragraphs and it must also state that Azizan
never made the sworn declaration. Dato Amir Junus then handed the letter
with the amendments to ACP Mazlan and instructed him to ask Azizan to rewrite
the letter. Azizan was disappointed and after having first refused later
agreed to write the letter as requested. The handwritten letter of Azizan
is Exhibit P19. The letter was then typed and it was signed by Azizan.
It is Exhibit P20 and reads as follows:
Bahawa saya Azizan bin Abu Bakar mengaku tidak pernah menulis Pengakuan Bersumpah yang bertarikh 5/8/97 yang telah disebarkan baru-baru ini.
Segala apa yang terkandung di dalam surat tersebut adalah semata-mata fitnah belaka. Saya terpaksa menjelaskan di sini, sebab nama saya telah dibabitkan sebagai penulis surat tersebut oleh orang/orang-orang yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk tujuan politik.
Saya merasa kesal di atas apa yang telah berlaku dan berharap dengan penjelasan ini dapat memperbetulkan keadaan.
Yang benar,
T.T.
Azizan
b. Abu Bakar
K/P :
5980324"
----------------------------
Saya dengan ini ingin membuat satu kenyataan umum berhubung dengan laporan yang telah dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri bertarikh 5hb Ogos 1997 mengenai Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri.
Saya mengakui keterlanjuran telah berlaku di dalam beberapa pendakwaan yang dikemukakan di mana didapati beberapa fakta tersebut tiada asas yang boleh menjurus kepada tohmahan dan fitnah bagi pihak yang tertuduh.
Kekeliruan dan kekecohan telah berlaku di mana saya dapati ada pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab telah cuba mengeksploitasikan dan mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai surat layang yang rata-ratanya berbau fitnah bagi tujuan politik mereka. Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya terbabit dalam penerbitan surat-surat layang yang timbul selepas tarikh 5hb Ogos 1997.
Rentetan dari peristiwa tersebut, kekesalan timbul pada diri saya di mana tanpa disedari pelbagai implikasi telah timbul, di antaranya kestabilan politik negara juga turut terjejas. Saya menyesali di atas apa yang berlaku dan mengaku akan membetulkan keadaan supaya isu ini tidak berlanjutan.
Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan melalui pengakuan terbuka ini untuk memohon maaf di atas keterlanjuran tersebut dan saya merayu kepada pihak-pihak yang berkepentingan supaya menghentikan segera spekulasi ini yang telah pun menular ke seluruh negara supaya isu ini dapat dihentikan demi kepentingan parti dan negara.
Yang benar
T.T.
UMMI HAFILDA
BINTI ALI
I/c No:
A0793275
Tarikh:
29hb Ogos 1997"
Saya mengakui keterlanjuran telah berlaku didalam tuduhan yang dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri di mana didapati aduan tersebut tiada berasas sama sekali dan boleh menjurus kepada tohmahan dan fitnah bagi individu-individu berkenaan.
Kekeliruan dan kekecohan telah berlaku di mana saya dapati ada pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab telah cuba mengeksploitasikan keadaan dengan pelbagai surat layang dan mengaitkan nama saya yang rata-ratanya berbau fitnah bagi tujuan politik mereka. Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa surat-surat yang diedarkan yang kononnya di tandatangan oleh saya bukanlah surat saya kepada YAB Perdana Menteri tetapi telah direka oleh orang-orang tertentu.
Saya menyesali diatas apa yang berlaku dan mengaku akan membetulkan keadaan supaya isu ini tidak berlanjutan.
Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan melalui pengakuan terbuka ini untuk memohon maaf diatas keterlanjuran tersebut dan saya merayu kepada pihak-pihak yang berkepentingan supaya menghentikan segera fitnah ini.
Yang Benar,
T.T.
UMMI HAFILDA
BINTI ALI
I/C NO
: A 0793275
Tarikh
: 29 hb. Ogos, 1997."
Dato’ Sri
Anwar Ibrahim
Timbalan
Perdana Menteri
Jabatan
Perdana Menteri
Jalan
Dato Onn
Kuala
Lumpur
Penjelasan Umum
Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan dengan penjelasan mengenai pengakuan umum yang dilampirkan.
Saya memohon maaf di atas kesulitan yang timbul berhubung perkara berbangkit.
Sekian. Terima Kasih.
Yang Benar,
T.T.
UMMI HAFILDA
BT. ALI "
It is of interest to note that Exhibits P20, P21 and P22 carry the Received Rubber Stamp of the Deputy Prime Minister’s Office. Suhaime bin Yunus who is in charge of receiving letters in the Deputy Prime Minister’s Office said that the Received Rubber Stamp that he puts on letters received are the same as on Exhibits P20, P21 and P22. When he stamps a letter he puts a number within it. Exhibits P20, P21 and P22 do not have any number on the stamp. He also records the letters he receives in a register. He produced Exhibit P34 which is a certified copy of the register for 30 August 1997. Exhibits P20, P21 and P22 are not recorded there. He concluded that he did not receive these letters on 30 August 1997 and was not cross-examined.
On 30 August 1997, SAC Musa and the Director of CID, Dato Ismail Che Ros, met the accused at his request. Tan Sri Mohtar Abdullah, the Honourable Attorney General, was also present. The accused asked SAC Musa about the investigation being carried out on Exhibit P15. SAC Musa said that the police would carry out a detailed investigation to ascertain if the allegations made were true or not and that the investigation was still at an early stage and not completed yet. The accused said that the matter need not be investigated as it was contrary to YAB Prime Minister’s decision that the matter had been settled and that it was a slander. The accused said that he did not want any action to be taken against Ummi and Azizan.
On 2 September 1997 SAC Musa informed ASP Zull Aznam to get ready Azmin, Shamsidar, Dato Nallakaruppan, Aton and ASP Zull Aznam himself for the purpose of recording their statements. His purpose was to find out their relationship and any other statement they may wish to make. When he told ASP Zull Aznam his purpose for wanting to record their statements ASP Zull Aznam said that he will contact him. On the same day at 11.50 a.m. SAC Musa received a phone call from Azmin saying that the accused wanted to see him at his office. SAC Musa met the accused at 12.20 p.m. at the Prime Minister’s Department. At the meeting the accused asked SAC Musa what was the use of him recording statements from the witnesses as Ummi and Azizan had written letters to him denying their allegations of sexual misconduct and sodomy against him. SAC Musa replied that he wanted to record their statements in order to complete his investigation before submission to the Attorney General. The accused then gave him Exhibits P20, P21 and P22 and instructed him to stop the investigation. SAC Musa then reminded the accused of the Attorney General’s instructions that all investigations on government officers and leaders have to be forwarded to him. When this procedure was explained to the accused he instructed SAC Musa not to send the investigation papers to the Attorney General. SAC Musa then left taking with him Exhibits P20, P21 and P22. In his office SAC Musa went through these documents together with Exhibits P17 and P18.
On 3 September 1997 SAC Musa discussed his investigation with Dato Ismail Che Ros and showed him the documents that he had gone through. They decided to send the investigation papers to the Honourable Attorney General with a recommendation that no further action be taken on the case. At that stage the investigation was not completed yet. Statements had not been recorded from Azmin, Shamsidar, Aton, Dato Nallakaruppan and ASP Zull Aznam. SAC Musa said that the documents influenced him to close the case. At that time he did not know how they were prepared by Ummi and Azizan nor that the Special Branch was involved in their preparation. On 8 September 1997 SAC Musa met the Honourable Attorney General to brief him on his investigation into Exhibits P16 and P14A, B and C and showed him Exhibits P17, P18, P20, P21 and P22. He suggested that no further action be taken in the investigation. After reading the exhibits the Honourable Attorney General agreed. SAC Musa said that without these documents he would have carried out a more thorough investigation into Exhibits P16 and P14A, B and C. He also said that if he had found that the allegations were true he would have proposed that the accused be prosecuted. He said that he found out about the involvement of the Special Branch in obtaining Exhibits P17, P18, P20, P21 and P22 while investigating into P56 which was made on 19 June 1998 — the report on Buku 50 Dalil. He had interviewed Ummi, Azizan, Dato Mohd Said, Dato Amir Junus, ACP Mazlan and DSP Aziz and had found out about the involvement of the Special Branch in the preparation of Exhibits P17, P18, P20, P21 and P22.
Dato Mohd Said said that directions were given to them by the accused to obtain the retractions. He said that he had to follow the instructions given by the accused as he was the Deputy Prime Minister and not any ordinary person. He said that he could not have refused it and had no choice. Thus he felt compelled to carry out the instructions. He said that he continued to direct his officers to neutralise Ummi and Azizan notwithstanding the fact that there were some difficulties in doing so as the direction that he had received was from the Deputy Prime Minister. Dato Amir Junus said that he obeyed the instructions given by the accused as he was the Deputy Prime Minister as well as the Minister of Finance. He added that if the accused was an ordinary man he would not have obeyed the instructions. In obtaining the letters both ACP Mazlan and DSP Aziz were carrying out the instructions of Dato Mohd Said and Dato Amir Junus.
Back
Concept &
designed : Mohd Razali, Established since : 10 Apr, 1999, Last edit : 23
Aug, 1999, E-fax : 561-7605919, E-mail : whatdoyouwant@postmaster.co.uk